Isnin, 18 Februari 2013

ISLAND TOUR (TEMPAT MENARIK WAJIB LAWAT)

3. ISLAND TOUR - OPEN PACKAGE...

  Yang ini untuk orang yang gila shopping dan peminat land riders.. Pakej mahal sket sebab bila guna bas or van... kos dia tu..hulamakkkk...

Ok.. pakej ni, kita akan dibawa ke tempat2 yang sering dibawa melawat jika sampai ke Langkawi, sebab memang sebab itu pun Langkawi ni terkenal. Antaranya ialah;

A. Telaga Air Hangat (Mukim Tanjung Rhu) 


Antara kawasan menarik yang nak dilihat...
Ramai kata, kenapa nak datang sini...aku kata, 'apa lagi..nak mandi la', RM2.00 je kot... hahahaha.. so, boleh mandi...tapi berbuka sket la kawasan ni..kalu nak yang bertutup (VIP), kena bayar RM10.00 kot.. apapun, ok what sekali sekala mandi air panas ni...kandungan air tu katanye.. katanyer la... boleh mengubat penyakit kulit.. try jela.. versi langkawi ni.... Pastu, bolehla singgah tengok pasir berwarna hitam di Pasir Hitam, Tanjung Rhu... kejadian aneh yang jarang2 dapat dilihat kot..huhu!~


well...rugi xdatang..bukan selalu..

B. Makam Mahsuri (Mukim Kuah) 


Antara yang akan di alami...

Orang kata, kalu datang Langkawi, tak ke Makam Mahsuri.. Macam tak pergi Langkawi la.. so, ni serba sket pemandangan kat dalam tu.. bahagian luar dia, bukan main meriah dengan kedai2 pakaian, makanan and cenderahati... Lagipun, rasanya tak rugi datang Makam Mahsuri ni sebab selain bagi peluang pada kita dan anak-anak(kalau ada lah) untuk tau serba sedikit tentang sejarah Langkawi...kita jugak leh try benda2 tradisional yang dah tak guna pada hari ni..

Well...bukan senang ooo.... satu hari nanti, kita hanya boleh tengok menda2 tu dalam muzium jer...lebih teruk lagi..hanya untuk dipandang..tapi xboleh disentuh..apatah lagi untuk di cuba... ewahh!!~

Pastu, dah alang2 di Kuah, kita pergi la shopping menghabeskan duit (terutamanya suri rumah yang gila pinggan mangkuk dan pekakas rumah) di ... 


PUSAT IDAMAN SURI..
Atau....,

HJ. ISMAIL GROUP....


.....syurga pinggang mangkuk, perkakas rumah dan coklat..

C. Tapak Warisan Beras Terbakar (Mukim Padang Matsirat) 


Ni serba sedikit berkenaan tempat berkenaan...
    Mesti yang ramai akan cakap, kenapa la perlu sangat nak datang kesini..beras pun bukannya nampak sangat walaupun masuk free...jawab nya.. selain nak tengok sendiri dengan mata kepala rupa tempat Siam bakar beras dlu kat Langkawi, kita akan berpeluang jugak tengok tempat hukuman sula terhadap Mahsuri dijalankan...tragis tu..



Taman Tugu Keris..tempat Mahsuri dihukum...
 Dan part paling best bila dah sampai sini..shopping la... sbab kat sini ada kedai khusus untuk peminat kain batik, kain pelekat, baju hawaii, seluar bunga dan sebagainya jauh lebih murah daripada tempat lain sekitar Langkawi ni.. so, xde mende yang ruginya kalau dah sampai sini..tawww!!~

D. Gunung Mat Chenchang And Telaga Tujuh Tour 

Bagi yang tak takut ketinggian, dua tempat ni memang mencabar. Satunyer, naik cable car ke puncak gunung Mat Chenchang. Atas sana, bukan je leh bergambar kat puncak, malah boleh hiking untuk ke tempat2 yang menarik yang lain, melintasi titi tergantung yang meloyakan dan ada spot2 yang cantik untuk bergambar selain boleh nampak Teluk Siam jika langit cerah..


Pemandangan separuh puncak..sejuk ooo....
dibahagian bawah plak, ada kawasan membeli belah untuk pakaian berjenama (bagi yang nak bergaya sket) dan kedai2 makan. Namanya ialah....


Oriental Village..campuran pelbagai senibina  masyarakat majmuk di Malaysia...

               memang cantik dan kalau nak tau, kena datang tengok sendiri. Jadi, selepas dah puas memenatkan badan meninjau seluruh tempat yang dicadangkan di atas, barulah kita mendaki plak jalan bertar untuk menuju ke kawasan air terjun untuk bermandi manda. Tapi bukannya kewajipan pun. Bagi yang nak melihat sendiri keajaiban Telaga Tujuh yang sering diceritakan sejak sekian lama, korang bolehla teruskan perjalannan ke atas lagi melepasi air terjun untuk sampai ke kawasan Telaga Tujuh. Memang agak memenatkan, tapi bila dah sampai dan tengok lopak-lopak air tu, kita mungkin boleh katakan pada orang lain satu hari nanti bahawa, "aku dah pun sampai disitu..." dan itulah maknanya sebuah kehidupan... tak boring, kan...!!~


Telaga Tujuh.. nak mandi pun boleh...
E. Underwater World dan Pantai Chenang

  Bagi yang minat dengan hidupan laut serta suasana tepi pantai yang penuh dengan orang ramai, gerai-gerai jualan produk tempatan dan sukan air yang menyebabkan pemandangan tu kelihatan meriah, maka disinilah tempatnya...


Underwater World ... Langkawi

kene experiences sendiri neh...

Selepas puas di Underwater World, jom le kita berehat sambil mencuci mata dengan pemandangan sekitar pantai Chenang yang bak kata orang, "Kalau sampai Langkawi, jangan lupa singgah ke Pantai Chenang".. sebab ape?? sebab aku pun tak tahu... yang aku tahu situ happening... selain ade ramai mat and minah salleh... hahahahaha...!~

kemeriahan Pantai Chenang
ade sukan pantai...
dan juga gerai-gerai...

jangan sangka di Thailand..ini originaly Langkawi...

F. ATV Motosport At Langkawi...


www.quadsrule.com
Sport yang menguji keberanian anda....jika anda cukup berani!!~

jungle advanture sambil BBQ di rimba...
    Bagi yang inginkan cabaran lasak untuk menguji kemampuan fizikal, ATV Motosport pasti akan menjadi pengalaman yang amat bermakna sepanjang berada di Langkawi.. Tak tahu menunggang??, jangan risau, disini ada rider master yang akan memberi korang tunjuk ajar dan sedikit latihan sehingga ada yang akan berkata.. "pompuan pun boleh, bro!!! mustahil yang laki tak boleh tunggang.." hehehe....

Kos??, jangan risau..boleh bincang.. yang penting pengalaman yang bermakna ni takan boleh dibeli dimana-mana...

Sebab itu la aku cakap, kalu nak datang Langkawi, kita kene tahu apa yang ade dan kemana kita nk pergi, baru lah best...kalu tidak, tak de bezanye datang sini dengan pergi ke Melaka sebab kita tak tahu pun keistimewaan sesuatu tempat tu..

Well... ada cadangan tempat lain yang nak dilawati???!!~

G. Kareo-ki di "LANGKAWI IDOL"

Untuk menenangkan fikiran dan melepaskan lelah seharian, why not kita enjoy jer sikit dengan melepaskan tekanan sambil menyanyi di "Langkawi Idol"..

Bukan singapore...tapi Langkawi.. xcaye?? datang dlu..
Nice places to go with friends and family.. sebab bilik-bilik yang bersifat privasi dan sound system yang terbaik semestinya akan beri kita kepuasan..
Bukan bermakna karaoke diluar sana tak bagos..tapi imagine sikit.. karaoke di Langkawi?? great experiences it could be.. sebab di pulau ni...dipulau...
hahahhhaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan