Isnin, 18 Februari 2013

ISLAND HOPING TOUR (LAWATAN REKRASI 3 BUAH PULAU DI LANGKAWI)



1. ISLAND HOPING (bagi orang yang tak takut naik bot) Pakej : RM35.00 seorang

      Island hoping ni sebenarnya program jalan2 melawat tiga buah pulau.. iaitu Pulau Tasek Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.. kalau korang nak tanya aku, best ke tak.. itu korang punya citerasa la..ade orang xsuka melawat pulau2 ni.. tapi aku ok jer... 

kalau korang tanya kat mamat2 tour guide tu.. selalunya untuk pakej ni, diorang akan mulakan dengan harga RM75.00, paling murah pun RM40.00(yang mahal tu selalunya kena kat tourist luar negara..kesian!!).. tapi kalau contact aku..RM35.00/sorang boleh kot..sebab melawat tiga pulau je pun..apsal nak mahal2 plak.. 

Check it out...

Pulau Tasek Dayang Bunting
Ok...ini suasana Pulau Dayang Bunting...
kat pulau ni, korang akan lepak lebih kurang 1 jam.. boleh mandi..boleh kayak.. dan yang paling aku geli sekali, korang leh buat Fish Spa pada kaki korang sebab ade ikan keli kat situ yang menanti saki baki daki kaki kita yang tak terkira tebalnya itu..hahaha.. plus, situ pn ade gak kedai cenderahati, tapi jangan berharap sangat, sebab selalunya tutup, kalu buka kita besar rahmat la tu..

Saje aku letak pic ni sbb nak korang feeling sket bila tngok ikan keli tu..!!~
Pulau Singa Besar

Citer bab Pulau Singa Besar plak, kat situ ade mini zoo.. tah mcm mn diorg buat aku pn xtahu, tapi best gak mini zoo kat situ.. setakat ni, xde plak la diorg nak kenakan bayaran untuk bergambar ngan haiwan2 kat situ.. Artis pun boleh free, takan haiwan plak kene bayar..haha.. sebenarnya, tujuan ke pulau ni sebab nak bagi korang sakan bergambar..and sempat makan tengahari sebelum ke pulau yang terakhir.. otherwise, picture means everything, kan..huhu~! 

Ini laluan masok ke santuary tu....

kedah pulau singa besar tourism malaysia
Ini antara 'artis' yang menanti di dalam...cuma singa memang xde..huhu!!~

Pulau Beras Basah

     Destinasi yang terakhir ni...menarik sket bagi yang nak melepaskan geram atau tension kerja, atau nak ber`romentik dengan pasangan..and what so ever!!~
Yang ni gambar hiasan je..penyu ngan tangkap ikan tu memang xde lar...

water sport arena nie....!~
Kat pulau ni ade program sukan air..kedai makan (yang kalu boleh tak payah la makan sbb mahal sket) dan tempat-tempat lepak yang menarik sebab kat sini kita akan lepak paling lama.. So, yang sukakan cabaran, boleh try Banana Boat, Speed Boat, Parachute Advanture
Tapi, sukan air ni smua tak masok dalam pakej tau..jadi sendiri bayar kalau mau cuba.. hehe!!~ 



1 ulasan: