Isnin, 18 Februari 2013

ISLAND HOPING TOUR (LAWATAN REKRASI 3 BUAH PULAU DI LANGKAWI)



1. ISLAND HOPING (bagi orang yang tak takut naik bot) Pakej : RM35.00 seorang

      Island hoping ni sebenarnya program jalan2 melawat tiga buah pulau.. iaitu Pulau Tasek Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.. kalau korang nak tanya aku, best ke tak.. itu korang punya citerasa la..ade orang xsuka melawat pulau2 ni.. tapi aku ok jer... 

kalau korang tanya kat mamat2 tour guide tu.. selalunya untuk pakej ni, diorang akan mulakan dengan harga RM75.00, paling murah pun RM40.00(yang mahal tu selalunya kena kat tourist luar negara..kesian!!).. tapi kalau contact aku..RM35.00/sorang boleh kot..sebab melawat tiga pulau je pun..apsal nak mahal2 plak.. 

Check it out...

Pulau Tasek Dayang Bunting
Ok...ini suasana Pulau Dayang Bunting...
kat pulau ni, korang akan lepak lebih kurang 1 jam.. boleh mandi..boleh kayak.. dan yang paling aku geli sekali, korang leh buat Fish Spa pada kaki korang sebab ade ikan keli kat situ yang menanti saki baki daki kaki kita yang tak terkira tebalnya itu..hahaha.. plus, situ pn ade gak kedai cenderahati, tapi jangan berharap sangat, sebab selalunya tutup, kalu buka kita besar rahmat la tu..

Saje aku letak pic ni sbb nak korang feeling sket bila tngok ikan keli tu..!!~
Pulau Singa Besar

Citer bab Pulau Singa Besar plak, kat situ ade mini zoo.. tah mcm mn diorg buat aku pn xtahu, tapi best gak mini zoo kat situ.. setakat ni, xde plak la diorg nak kenakan bayaran untuk bergambar ngan haiwan2 kat situ.. Artis pun boleh free, takan haiwan plak kene bayar..haha.. sebenarnya, tujuan ke pulau ni sebab nak bagi korang sakan bergambar..and sempat makan tengahari sebelum ke pulau yang terakhir.. otherwise, picture means everything, kan..huhu~! 

Ini laluan masok ke santuary tu....

kedah pulau singa besar tourism malaysia
Ini antara 'artis' yang menanti di dalam...cuma singa memang xde..huhu!!~

Pulau Beras Basah

     Destinasi yang terakhir ni...menarik sket bagi yang nak melepaskan geram atau tension kerja, atau nak ber`romentik dengan pasangan..and what so ever!!~
Yang ni gambar hiasan je..penyu ngan tangkap ikan tu memang xde lar...

water sport arena nie....!~
Kat pulau ni ade program sukan air..kedai makan (yang kalu boleh tak payah la makan sbb mahal sket) dan tempat-tempat lepak yang menarik sebab kat sini kita akan lepak paling lama.. So, yang sukakan cabaran, boleh try Banana Boat, Speed Boat, Parachute Advanture
Tapi, sukan air ni smua tak masok dalam pakej tau..jadi sendiri bayar kalau mau cuba.. hehe!!~ 



MANGROVE ISLAND TOUR ( LAWATAN KE PULAU-PULAU KECIL LANGKAWI)



MANGROVE TOUR ( Yang suka explore kawasan laut) Harga Pakej RM80.00 seoranghas811034.blogspot.com

   Tour yang ni lebih menarik daripada tadi sebab aku suka gua.. no offences.. kalu korang tak minat, ape leh buat kan.. Dalam lawatan ni, kita akan dibawa ke beberapa tempat yang menarik.. mula2 ke Gua Batu Kapur..aku suke sangat yang ni walaupun ade busuk taik kelawar.. 

pemandangan dari dalam...gua ituuuuuuuu!!!~

Mula2 berbot, bila sampai gua, kita kena berjalan dan explore sendiri gua tu. Tak besar sangat, tapi bagi org yang baru pertama kalu masuk gua macam aku ni.. takot, syok, excited... semua bercampur aduk... aku suka..korang??

   Selepas dah lepak dalam sejam, kita kan dibawa pula ke pusat ternakan ikan air masin a.k.a Fish Farm



Pemandangan dari atas bot pelancong...pandangan sisi Fish Farm

Kat sini, boleh bagi makan ikan untuk hiburkan hati, tengok persembahan ikan melastik roti (well..sbb 1st expriences aku..ikan lastik roti pn best bagi aku..hahaha), beli cenderahati kalu nak, dan yang paling penting..bergambar kenangan lah...kedai makan pn ada tau...hhehe..

Lepas tu... antara yang aku excited jugak adalah Eagle Feeding, kenangan sepanjang hayat tu... mana tidaknya, bot ni akan bawa kita ke kawasan helang memburu ikan... setelah dia bunyikan deruan bot yang kuat, ikan naik ke permukaan, dan kita leh tengok live helang secara beramai2 menerjah ke arah ikan2 untuk dijadikan lunch dan dinner...

woah..menarik siot..tengok pic la sket... hahahahah!!!~ 

kena alami sendiri..baru terasa kepuasannya...
Jangan risau, helang2 nie semua dh terlatih, dia takan serang korang masa korang tengok aksi 'memancing' diorg tu.. cuma jangan sampai jatuh bot sebab leka ambil gambar dah la..sebab ada satu kes ni, masa aku gi situ, mamat arab ni excited sangat..sebab dia berdiri punya pasal, abes bergoyang bot tu..naseb baik xterbalik.. kalu terbalik pun, ade life jaket..cuma aku tetap tak pecaya life jaket tu..hahahahah....

Last kali sebelum korang dibawa balik..korang akan ditinggalkan di sebuah pulau ... jam 5 petang baru diorang datang ambil...

Pulau xde nama..tapi pemandangan dia...awesome bak dikata...
Kat sini xde kedai makan ke apa ke... korang la kena bawa makanan sendiri, camping, berkelah, mandi manda air laut yang kehijauan tu...bergambar sini, bergambar sana..buat istana pasir dan sebagainya lah... Nama pun datang ke pulau..so, nikmatilah puas2 suasana pulau yang prasejarah tu tanpa sebarang kemajuan...sebelum bot menjemput pulang..

Trust me... memang cantik Langkawi nie...

ISLAND TOUR (TEMPAT MENARIK WAJIB LAWAT)

3. ISLAND TOUR - OPEN PACKAGE...

  Yang ini untuk orang yang gila shopping dan peminat land riders.. Pakej mahal sket sebab bila guna bas or van... kos dia tu..hulamakkkk...

Ok.. pakej ni, kita akan dibawa ke tempat2 yang sering dibawa melawat jika sampai ke Langkawi, sebab memang sebab itu pun Langkawi ni terkenal. Antaranya ialah;

A. Telaga Air Hangat (Mukim Tanjung Rhu) 


Antara kawasan menarik yang nak dilihat...
Ramai kata, kenapa nak datang sini...aku kata, 'apa lagi..nak mandi la', RM2.00 je kot... hahahaha.. so, boleh mandi...tapi berbuka sket la kawasan ni..kalu nak yang bertutup (VIP), kena bayar RM10.00 kot.. apapun, ok what sekali sekala mandi air panas ni...kandungan air tu katanye.. katanyer la... boleh mengubat penyakit kulit.. try jela.. versi langkawi ni.... Pastu, bolehla singgah tengok pasir berwarna hitam di Pasir Hitam, Tanjung Rhu... kejadian aneh yang jarang2 dapat dilihat kot..huhu!~


well...rugi xdatang..bukan selalu..

B. Makam Mahsuri (Mukim Kuah) 


Antara yang akan di alami...

Orang kata, kalu datang Langkawi, tak ke Makam Mahsuri.. Macam tak pergi Langkawi la.. so, ni serba sket pemandangan kat dalam tu.. bahagian luar dia, bukan main meriah dengan kedai2 pakaian, makanan and cenderahati... Lagipun, rasanya tak rugi datang Makam Mahsuri ni sebab selain bagi peluang pada kita dan anak-anak(kalau ada lah) untuk tau serba sedikit tentang sejarah Langkawi...kita jugak leh try benda2 tradisional yang dah tak guna pada hari ni..

Well...bukan senang ooo.... satu hari nanti, kita hanya boleh tengok menda2 tu dalam muzium jer...lebih teruk lagi..hanya untuk dipandang..tapi xboleh disentuh..apatah lagi untuk di cuba... ewahh!!~

Pastu, dah alang2 di Kuah, kita pergi la shopping menghabeskan duit (terutamanya suri rumah yang gila pinggan mangkuk dan pekakas rumah) di ... 


PUSAT IDAMAN SURI..
Atau....,

HJ. ISMAIL GROUP....


.....syurga pinggang mangkuk, perkakas rumah dan coklat..

C. Tapak Warisan Beras Terbakar (Mukim Padang Matsirat) 


Ni serba sedikit berkenaan tempat berkenaan...
    Mesti yang ramai akan cakap, kenapa la perlu sangat nak datang kesini..beras pun bukannya nampak sangat walaupun masuk free...jawab nya.. selain nak tengok sendiri dengan mata kepala rupa tempat Siam bakar beras dlu kat Langkawi, kita akan berpeluang jugak tengok tempat hukuman sula terhadap Mahsuri dijalankan...tragis tu..



Taman Tugu Keris..tempat Mahsuri dihukum...
 Dan part paling best bila dah sampai sini..shopping la... sbab kat sini ada kedai khusus untuk peminat kain batik, kain pelekat, baju hawaii, seluar bunga dan sebagainya jauh lebih murah daripada tempat lain sekitar Langkawi ni.. so, xde mende yang ruginya kalau dah sampai sini..tawww!!~

D. Gunung Mat Chenchang And Telaga Tujuh Tour 

Bagi yang tak takut ketinggian, dua tempat ni memang mencabar. Satunyer, naik cable car ke puncak gunung Mat Chenchang. Atas sana, bukan je leh bergambar kat puncak, malah boleh hiking untuk ke tempat2 yang menarik yang lain, melintasi titi tergantung yang meloyakan dan ada spot2 yang cantik untuk bergambar selain boleh nampak Teluk Siam jika langit cerah..


Pemandangan separuh puncak..sejuk ooo....
dibahagian bawah plak, ada kawasan membeli belah untuk pakaian berjenama (bagi yang nak bergaya sket) dan kedai2 makan. Namanya ialah....


Oriental Village..campuran pelbagai senibina  masyarakat majmuk di Malaysia...

               memang cantik dan kalau nak tau, kena datang tengok sendiri. Jadi, selepas dah puas memenatkan badan meninjau seluruh tempat yang dicadangkan di atas, barulah kita mendaki plak jalan bertar untuk menuju ke kawasan air terjun untuk bermandi manda. Tapi bukannya kewajipan pun. Bagi yang nak melihat sendiri keajaiban Telaga Tujuh yang sering diceritakan sejak sekian lama, korang bolehla teruskan perjalannan ke atas lagi melepasi air terjun untuk sampai ke kawasan Telaga Tujuh. Memang agak memenatkan, tapi bila dah sampai dan tengok lopak-lopak air tu, kita mungkin boleh katakan pada orang lain satu hari nanti bahawa, "aku dah pun sampai disitu..." dan itulah maknanya sebuah kehidupan... tak boring, kan...!!~


Telaga Tujuh.. nak mandi pun boleh...
E. Underwater World dan Pantai Chenang

  Bagi yang minat dengan hidupan laut serta suasana tepi pantai yang penuh dengan orang ramai, gerai-gerai jualan produk tempatan dan sukan air yang menyebabkan pemandangan tu kelihatan meriah, maka disinilah tempatnya...


Underwater World ... Langkawi

kene experiences sendiri neh...

Selepas puas di Underwater World, jom le kita berehat sambil mencuci mata dengan pemandangan sekitar pantai Chenang yang bak kata orang, "Kalau sampai Langkawi, jangan lupa singgah ke Pantai Chenang".. sebab ape?? sebab aku pun tak tahu... yang aku tahu situ happening... selain ade ramai mat and minah salleh... hahahahaha...!~

kemeriahan Pantai Chenang
ade sukan pantai...
dan juga gerai-gerai...

jangan sangka di Thailand..ini originaly Langkawi...

F. ATV Motosport At Langkawi...


www.quadsrule.com
Sport yang menguji keberanian anda....jika anda cukup berani!!~

jungle advanture sambil BBQ di rimba...
    Bagi yang inginkan cabaran lasak untuk menguji kemampuan fizikal, ATV Motosport pasti akan menjadi pengalaman yang amat bermakna sepanjang berada di Langkawi.. Tak tahu menunggang??, jangan risau, disini ada rider master yang akan memberi korang tunjuk ajar dan sedikit latihan sehingga ada yang akan berkata.. "pompuan pun boleh, bro!!! mustahil yang laki tak boleh tunggang.." hehehe....

Kos??, jangan risau..boleh bincang.. yang penting pengalaman yang bermakna ni takan boleh dibeli dimana-mana...

Sebab itu la aku cakap, kalu nak datang Langkawi, kita kene tahu apa yang ade dan kemana kita nk pergi, baru lah best...kalu tidak, tak de bezanye datang sini dengan pergi ke Melaka sebab kita tak tahu pun keistimewaan sesuatu tempat tu..

Well... ada cadangan tempat lain yang nak dilawati???!!~

G. Kareo-ki di "LANGKAWI IDOL"

Untuk menenangkan fikiran dan melepaskan lelah seharian, why not kita enjoy jer sikit dengan melepaskan tekanan sambil menyanyi di "Langkawi Idol"..

Bukan singapore...tapi Langkawi.. xcaye?? datang dlu..
Nice places to go with friends and family.. sebab bilik-bilik yang bersifat privasi dan sound system yang terbaik semestinya akan beri kita kepuasan..
Bukan bermakna karaoke diluar sana tak bagos..tapi imagine sikit.. karaoke di Langkawi?? great experiences it could be.. sebab di pulau ni...dipulau...
hahahhhaa....

PAYAR ISLAND TRIP (PERCUTIAN DI PULAU PAYAR)


PULAU PAYAR`S MARINE PARK TOURS - Pakej RM210.00 seorang


Gambar hiasan..suasana di pulau payar...

    Yang ini adalah favorite bagi yang giler snockling.. mana taknya, bukan saja boleh berenang, malah tengok ikan2 laut macam Nemo dan jugak terumbu karang... tak boleh memancing aaa kat sini...tapi boleh bagi ikan makan.. 

lagi best pakej ni termasuk makan kita sepanjang berada di pulau payar, sebab tu mahal sket dari pakej2 yang lain. So, boleh la sehari suntuk berenang tgok ikan dan terumbu karang..

kalau bab snockling tu jangan bimbang, nanti adela pembantu renang yang akan berikan tunjuk ajar..dan barulah kita dapat tengok, betapa wonderfull nya dasar pantai pulau payar tu..

tentang anak-anak, usah bimbang... adelah cara diorang nk sesuaikan diri dengan ikan-ikan dan kawasan sekitar tu nanti..heheh!!~


.....aktiviti kanak-kanak...
..dan jumpa jerung kalu bernaseb baik...
has811034.blogspot.com

FISHING TOUR ( GILA MANCING DI LANGKAWI)

has811034.blogspot.com
FISHING TOUR - OPEN PACKAGE ...

    Bagi kaki pancing gila joran, atau penghuni kota yang nak menhilangkan stress kerja, mahupun anak jantan yang inginkan kelainan (sebab program ini selalunya orang perempuan memang malas nak ikot), pakej inilah yang paling menarik dikalangan banyak-banyak pakej.

Tak kira lah nak pancing ikan mahupun sotong, malam mahupun siang, joran mahupun kail.. pastinya aktiviti ini akan memuaskan hati yang gundah gulana (wlpn kekadang balik, orang dapat ikan, kita hanya menonton)...

Acara ni pastinya kita menaiki bot ke tengah pantai, dan dengan teknologi GPRS yang dah moden ni, pastinya kita mencari lubuk ikan yang akan memberi kepuasan memancing wlpn kita kekadang tak teringin pun nak makan ikan yang ditangkap. 



Digalakkan memakai jaket keselamatan sepajang masa memancing....


yang pasti, joran mestilah dibawa sendiri kerana pakej hanya menyediakan bot, tempat memancing, bok kail (kalu yang xbawa joran), jaket keselamatan, umpan sotong dan pemandunya bot sahaja..
nak best??!! kita pergi sebelah malam... jangan sangka ikan tidur sebab mungkin kejutan menanti..hahahahah....